Status IG Siti Nurhaliza jadi tanda tanya

TIADA angin tiada ribut, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencetuskan tanda tanya ramai apabila memuat naik beberapa perkongsian berkaitan isu rumah tangga dalam InstaStorynya hari ini.

Menerusi beberapa perkongsian tersebut, Siti, 45, mengulang siar beberapa perkongsian mengenai cara suami melayan isteri dan ujian yang dilalui oleh seorang isteri.

Antara isu yang diulang siar oleh Siti ialah enam alasan mengapa suami tidak boleh membentak isteri dan ujian terbesar seorang isteri adalah suaminya.

TANGKAP layar Siti Nurhaliza dalam media sosial tentang adab berumah tangga.

Perkongsian tersebut seterusnya mengundang tanda tanya ramai sehingga ada yang mendakwa perkara tersebut mempunyai kaitan dengan status rumah tangganya.

Mungkin dia hanya berkongsi sebagai peringatan, jangan buat andaian bukan-bukan.

“Barangkali dia ada muat naik itu untuk orang yang dia kenal. Semoga yang baik-baik sahaja untuk Siti sekeluarga,” kata netizen.

Pelantun lagi Anta Permana itu bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkongsian tersebut dan telah memadamnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok