Shuhua malu menari seksi depan keluarga

BUAT pertama kali, penyanyi kumpulan (G)I-DLE iaitu Shuhua mendedahkan perasaan malu membuat persembahan di hadapan keluarganya.

Perkara tersebut diluahkan dalam program Knowing Brothers apabila dia berterus-terang mengakui segan untuk membuat persembahan di kampung halaman semasa konsert jelajah dunia kumpulan gadis itu.

Tarian kami sangat seksi. Ketika itu, nenek serta seluruh keluarga saya berada di sana. Tarian kami pula perlu menggoncangkan punggung dan melebarkan kaki. Itulah sebab saya sangat gemetar pada hari kejadian.

“Sudah bertahun-tahun saya tidak ditegur nenek dan apabila melihatnya di belakang pentas, dia memberikan pandangan janggal. Memalukan,” katanya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok