SERING didakwa sebagai perosak budaya dan tidak bermoral dek pakaian terlalu seksi, penyanyi rap Jessi enggan melatah sebaliknya memilih untuk memekakkan telinga.
Penyanyi rap berusia 36 tahun itu mengakui tidak ambil pusing dengan segala kata nista yang dihamburkan malah memilih untuk mengabaikan semua itu kerana mahukan kehidupan yang tenang.
“Masyarakat cemuh saya macam-macam, ada yang kata saya perosak bangsa dan mengajar anak muda berpakaian tidak sopan.
Hakikatnya, saya hanya jadi diri sendiri. Tidak lebih daripada itu. Tidak mengapalah, malas komen lebih-lebih, biarlah saya dengan kehidupan saya.
“Tiada apa yang saya mahukan selain kehidupan yang tenang. Orang nak kata apa, lantaklah,” ujarnya menjawab pertanyaan peminat dalam Instagram Story. – HIBGLAM