Seksi bercoli, Ga-young buat peminat meluat

SEJAK kebelakangan ini, pelakon Moon Ga-young dilihat semakin selesa dengan penampilan seksi sehingga membuatkan peminatnya meluahkan rasa ‘meluat’.

Terbaharu, Ga-young menghadiri pertunjukan fesyen di Milan, Itali dengan mengenakan dres hitam yang menampakkan sebahagian besar tubuh badannya.

Persalinan tersebut juga menampakkan coli hitam yang dipadankan dengan seluar dalam berona sama.

Sehubungan itu, rata-rata peminat tidak bersetuju dengan penampilan pelakon yang popular menerusi drama True Beauty itu.

“Malunya. Tidak ada baju lainkah untuk digayakan ke pertunjukan fesyen tersebut?” soal netizen.

“Sangat keterlaluan. Saya tidak boleh terima Ga-young menggayakan fesyen sebegini,” kata seorang peminat lain.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok