[VIDEO] Sedapnya Nuha Bahrin nyanyi lagu Arab!

KEMUNCULAN Nuha Bahrin menerusi sebuah video TikTok baru-baru ini mengubat kerinduan peminat yang mendambakan nyanyiannya.

Dalam video tersebut, Nuha mendendangkan lagu tular bahasa Arab iaitu Sabry Aleel nyanyian Sheeine dengan cukup fasih.

Sebutan Arabnya kedengaran sangat jelas dan alunan suara Nuha juga dipuji semakin sedap serta bagus berbanding sebelum ini.

“Semakin bagus suara Nuha, rindu nak dengar dia nyanyi lagu Arab.

“Nuha saja yang layak nyanyi lagu Arab. Sedap sangat!” puji netizen

Bukan itu sahaja, peminatnya juga berharap Nuha kembali melancarkan single bahasa Arab seperti yang pernah dilakukannya sebelum ini. – HIBGLAM

@nuha_bahrin This song is turning me into a very angry gayll😤😮‍💨 #sabrialeel #arabsongcover ♬ original sound – Nuha Bahrin

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok