Rose sedia gerak solo

PERKONGSIAN lirik lagu baharu yang ditulis sendiri menyebabkan rata-rata peminat menyangka penyanyi Rose sudah bersedia untuk bergerak solo.

Meski belum siap sepenuhnya, lagu berjudul Vampirehollie yang dihasilkan sejak tahun lalu mencuri perhatian peminat.

Selain lagu, ahli kumpulan Blackpink itu turut meminta idea peminat untuk nama ‘fandom’ (nama kelab peminat) solo menerusi Instagramnya.

Dalam masa sama, ahli lain iaitu Lisa turut menyerlah dengan aktiviti solonya, seperti memulakan kempen iklan di seluruh dunia bawah labelnya sendiri, Lloud. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok