Ramadan tak lama lagi, risau keadaan di Palestin – Mimi Lana

“RAMADAN tak lama lagi, saya risau, menangis lihat situasi di Palestin.”

Itu luahan pelakon jelita, Mimi Lana yang berasa simpati mengenangkan nasib penduduk Palestin yang masih terperangkap dalam peperangan berdarah sehingga ke hari ini.

Lebih membuatkan pemilik nama penuh Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 29, itu sebak apabila memikirkan bagaimana mangsa-mangsa perang tersebut bakal menyambut bulan Ramadan yang akan akan tiba kurang sebulan lagi.

Bulan Ramadan tak lama lagi. Saya berasa sangat risau, tak berguna dan menangis menyaksikan situasi (peperangan) terus berlaku di Palestin.

“Sepertinya tiada istilah rehat daripada pembunuhan beramai-ramai (genocide) di sana,” katanya dalam Instagram hari ini.

TANGKAP layan luahan hati Mimi Lana yang sedih mengenangkan keadaan  rakyat Palestin Ramadan nanti.

Sementara itu dalam perkongsian sama, bintang filem Pusaka itu turut mempersoalkan mengapa Israel masih tidak menerima hukuman meskipun sudah berkali-kali melanggar undang-undang antarabangsa kerana melakukan pembunuhan beramai-ramai di Palestin.

Berapa lama dunia akan membiarkan Israel lari bebas selepas banyak kali melanggar undang-undang antarabangsa?

“Tolong terus doakan keselamatan rakyat Palestin. Allahuakhbar,” ujarnya.

Mengikut data, perang di Palestin telah mengorbankan lebih 28,000 mangsa sejak 7 Oktober tahun lalu.

Mimi Lana antara selebriti tempatan yang lantang bersuara tentang ketidakadilan yang berlaku di Gaza selain Kaka Azraff, Neelofa, Fazura dan ramai lagi sehingga sekarang. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok