Rakyat AS perlu kondom – Bibi

SELEPAS tular melempar kondom pada festival muzik Head In The CLouds tiga tahun lalu, penyanyi Bibi menjelaskan kebenaran di sebalik tindakan tidak beradab terbabit.

Katanya dalam satu temu bual, tindakan membaling kondom kepada peminat di Amerika Syarikat (AS) adalah kerana dia percaya mereka memerlukan produk perlindungan seks itu selepas tamat festival.

Tambahnya, AS adalah negara jauh lebih progresif berbanding kebanyakan tempat lain dan penduduk negara itu berkemungkinan besar tiada masalah dengan perbuatannya.

Bagaimanapun, semasa mengadakan persembahan di Korea Selatan, Bibi mengubah pemberian kondom kepada gula-gula sebagai tanda menghormati budaya peminat di negara itu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok