Park Gyu-young sertai Squid Game

SIRI Netflix kegemaran ramai, Squid Game ‘menggoncang’ jiwa peminat apabila muncul dengan ‘teaser’ pendek dalam gelanggang media sosial.

Bukan sahaja video teaser, untaian foto musim baharu drama bersiri yang pernah mencetuskan fenomena itu juga sudah tersebar meluas.

Dalam video berdurasi lima saat itu, watak utama iaitu Seong Gi-hun dilihat sedang bercakap telefon dengan seseorang dalam nada ingin membalas dendam.

Bagi musim kedua, pelakon karakter tersebut Gi-hun memilih untuk tidak sertai anak perempuannnya di Amerika Syarikat.

Hal ini kerana, dia mahu mengejar matlamat selepas dikaitkan dengan permainan maut yang dimenanginya pada musim pertama.

Sementara itu, dalam foto yang dimuat naik menerusi Instagram rasmi siri tersebut memaparkan watak baharu lakonan Park Gyu-young direkrut sebagai pemain baharu.

Rata-rata peminat nyata tidak sabar menunggu tayangan musim baharu memandangkan sudah hampir dua tahun menunggu sekuel musim pertama.

Kami sangat bersedia untuk menonton Squid Game musim kedua,” kata peminat dengan teruja.

“Video ‘teaser’ baru sahaja dilancarkan dua minit. Saya menunggu hampir tiga tahun untuk menonton drama ini,” ujar penonton.

“Squid Game 2 adalah antara nashkah yang sangat dinanti-nantikan di Netflix pada tahun ini,” tutur pengikut.

Drama Squid Game musim kedua masih belum mempunyai tarikh tayangan perdana tetapi bakal dilancarkan pada tahun ini. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok