Noor Nabila beri lampu hijau cinta Amelia, Sharnaaz?

“BOLEH tak kalau nak ‘aunty’ ni (Amelia) jadi Mommy baru Baby (Jebat).”

Demikian kata anak pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden sekali gus seperti merestui hubungan cinta antara bapanya dengan wanita bernama Amelia Christie.

Kata-kata Jebat yang membahasakan dirinya sebagai Baby itu mengundang perhatian netizen sehingga ramai yang turut bersetuju dan merestuinya.

Umum mengetahui, Amelia Christie Lim yang juga pelakon ialah kekasih kepada Sharnaaz.

Menerusi video berdurasi 2 minit 40 saat itu, memaparkan Jebat mencari Mommy dan  kemudian, Amelia membuatkan Jebat tertarik padanya.

Keakraban Jebat Jayden dengan pelakon Amelia Christie menyenangkan hati ibu kepada kanak-kanak itu, Noor Nabila dan bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad.

Pada masa sama, ibu Jebat yang juga bekas isteri Sharnaaz iaitu Noor Nabila sedang mencari Jebat yang ketika bermain dengan Amelia.

Jebat juga secara berseloroh mahukan ‘tiga’ orang ibu atau Mommy.

Baby nak tiga Mommy. Baby nak Mommy (Nabila), Aunty Amelia dan Mommyhana (beg Mommyhana),” katanya.

Sebelum ini menerusi perkongsian video baik daripada Sharnaaz mahu pun Nabila, tidak dinafikan lagi keakraban Jebat dan Amelia. Malah, mereka juga pernah pergi bercuti bersama.

Malah, pada video Mommyhana kelihatan bagaimana Nabila dan Amelia tidak kekok bersama. Hubungan mesra mereka seperti kakak dan adik. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok