‘Moga berjodoh ‘mata biru’ tapi nak kahwin mesti dapat restu’

 JANGAN jadi anak derhaka dan kahwin senyap-senyap ya. Nanti satu sen hartaku tak akan dapat”.

Demikian amaran penerbit popular, Datuk A. Aida terhadap anak keduanya, Wan Azevanatassha, 22, yang kini melanjutkan pengajian di Victoria University, Melbourne, Australia agar tidak melakukan perbuatan yang membelakangi keluarga.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang dalam Instagramnya, pemilik rumah produksi A. Aida Production itu berkongsi sekeping foto gadis itu ketika berada di hadapan universiti yang turut disertakan doa dan harapannya sebagai seorang ibu.

Tak terucap penat lelah dan susah payah ibu membesarkan anak. Apa sahaja kemahuan, ibu akan cuba penuhi.

“Sebagai balasan, belajarlah rajin-rajin dan jangan sia-siakan peluang yang ada. Semoga kau berjaya wahai anakku,” tulis Aida.

Pada masa sama, ibu tunggal kepada tiga cahaya mata itu secara berseloroh sempat menitipkan harapan agar anaknya dipertemukan jodoh dengan lelaki bermata biru (mat saleh) ketika berada di Australia.

Namun, Aida turut mengingatkan gadis itu supaya memberitahunya terlebih dahulu untuk mendapatkan restunya jika mahu berkahwin atau anaknya tidak akan mendapat sesen pun daripada hartanya.

Semoga jumpa jodoh dengan ‘mata biru’. Tapi nak kahwin, cakap (beritahu). Mesti dapat restu,” tegas Aida.

Kata-kata dan nasihat yang dititipkan penerbit berusia 54 tahun itu, sekali gus menarik perhatian pengikutnya dalam Instagram, apabila turut mendoakan agar Wan Azevanatassha berjaya dan akur dengan pesanan ibunya.

“Ingatlah mama susah-susah beranak. Tak minta balas budi, cuma jaga diri,” pesan seorang pengguna Instagram.

“Semoga dapat jodoh yang terbaik. Amin,” kata seorang netizen.

“Cantik anak Datuk. Semoga mendapat jodoh yang baik dan dipermudahkan segalanya,” ucap seorang lagi pengguna Instagram.

Bagaimanapun, terdapat segelintir pengikutnya dalam Instagram menyelar tindakan Aida, apabila merasakan nasihat yang dititipkan wanita itu terhadap anaknya, seolah-olah berbaur sindiran terhadap isu ‘kahwin rahsia’ anak kepada pelakon, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Jangan perli sangat. Apa yang diungkap hari ini, boleh jadi kenyataan. Ramai yang terasa hati,” tegur seorang pengikutnya.

“Setiap manusia ujian mereka berbeza. Apa yang terjadi di sekeliling kita, jadikan iktibar dan bukannya konten. Dunia ini berputar. Hari ini Allah SWT jaga aib kita, esok lusa?” kata seorang lagi pengikutnya.

Sekadar info, Wan Azevanatassha merupakan anak kedua Aida hasil perkahwinannya dengan vokalis kumpulan Spring, Ameng pada 1994, namun bercerai pada 2003. Aida dan Ameng memiliki seorang lagi anak iaitu Wan Az Aleesa, 27 tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok