Marissa, Misya laris, jadi model pula

TATKALA isu rumah tangga menjadi bahan bualan ramai, dua isteri Ahmad Aslam iaitu Misya Mazlan dan Marissa Dania Hakim dilihat ligat mencari rezeki menjadi model untuk beberapa produk jenama tempatan.

Misya baru-baru ini kerap muncul dalam video mempromosikan produk makanan tambahan dan jenama tudung.

Sementara, Marissa yang juga anak pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi pula ligat menjadi model bagi beberapa jenama fesyen tempatan bagi busana edisi hari raya Aidilfitri tahun ini.

Aslam juga tidak kurang hebatnya apabila muncul sebagai jurucakap produk atau tetamu undangan bagi mana-mana ruangan podcast.

Bagi segelintir netizen, ini merupakan waktu terbaik untuk mereka merebut segala tawaran dan mencari rezeki memandangkan nama sedang menjadi bualan malah pengikut akaun media semakin bertambah.

Kelmarin, kelibat Aslam dikatakan muncul beberapa saat dalam sebuah video memaparkan dia dan Misya sedang makan semeja.

Beberapa sehari sebelum, Misya yang juga ibu kepada dua cahaya mata lelaki memberi bayangan semakin tenang apabila secara perlahan-lahan menerima takdir hidupnya yang kini bermadu.

Terdahulu, kakak ipar kepada Aslam dikenali sebagai Nadiah mengesahkan adik iparnya sudah berkahwin dengan Marissa pada 27 Disember lalu di Songkhla, Thailand.

Pasangan berkenaan dikatakan mendirikan rumah tangga ketika isteri pertama, Misya menunaikan umrah. Lebih dramatik, pernikahan tersebut juga berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa.

Bagaimanapun, sehingga hari ini Abby dan Norman masih kekal mengunci mulut tanpa mengesahkan mengenai dakwaan pernikahan tersebut apabila panggilan telefon serta mesej tidak dijawab. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok