RAMAI teruja melihat kemesraan pasangan pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle ketika bercuti di pulau peranginan terkenal, Bali, Indonesia bersama dua anak mereka iaitu Muhammad serta Aurora.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik Farid dalam Instagram miliknya, kelihatan pelakon itu begitu menghargai peluang kedua untuk kembali bersama keluarganya selepas melalui fasa duka tahun lalu.
Begitu juga Diana apabila dia turut dilihat amat menyayangi dan mencintai suaminya saat meluangkan masa bercuti bersama.
Apa yang membuatkan netizen terkesan apabila melihat kebahagiaan yang dipamerkan kedua-dua anak pasangan itu berikutan ibu bapa mereka masih lagi saling sayang menyayangi.
Bahkan, ada pengikutnya dalam Instagram tidak dapat menahan sebak sehingga bergenang air mata saat berkongsi rasa gembira melihat hubungan antara Farid dan Diana kembali jernih.
Kita pula yang bergenang air mata,” ujar seorang pengikutnya dalam Instagram.
“Suka lihat mereka berdua. Semoga bahagia hingga ke syurga,” kata seorang lagi netizen.
Diva pun turut sama tersenyum melihat kasih sayang yang dicurahkan Farid terhadap isteri dan anak-anak.
Walaupun penat ke mahkamah tahun lalu sewaktu kes perceraian mereka, ternyata jodoh masih lagi kuat.
DIVA: Dah masuk musim panas, memang akan melambung bil elektrik sebab 24 jam pasang pendingin hawa.