Lee Min-jung ’tilik’ anak jadi pemain piano

SEJAK kelahiran bayi perempuan bernama Seoyi, pelakon Lee Min-jung mengakui terkejut dengan tumbesaran fizikal anaknya itu.

Dia juga membayangkan si kecilnya akan menjadi pemain piano yang handal hanya bersandarkan saiz jari kaki bayinya yang panjang.

Saya jangka anak kedua saya mesti pandai bermain piano,” tulis dalam Instagram.

Sebelum ini, bintang drama Boys Over Flowers itu melahirkan anak kedua pada 21 Disember tahun lalu selepas lapan tahun kelahiran cahaya mata pertamanya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok