Lee Byung-hun mangsa pecah rumah

PELAKON Lee Byung-hun mengesahkan telah menjadi mangsa pecah rumah di kediamannya di Los Angeles.

Dalam satu kenyataan, perompak tersebut memecah masuk ke dalam rumah pelakon berkenaan dengan memecahkan pintu kaca serta menyapu licin segala harta benda berharga.

Aktor berusia 54 tahun itu dilaporkan tiada di rumah semasa kejadian, namun perkara tersebut disedari seorang pekerjanya yang kemudian melaporkan kes berkenaan kepada polis.

Begitupun anggaran kerugian harta benda dicuri masih dalam siasatan.

Polis mengesyaki bahawa kejadian tersebut adalah sebahagian daripada siri pecah rumah yang menyasarkan kawasan kejiranan elit di Los Angeles. Difahamkan, perompak tidak secara khusus menyasarkan rumah Byung-hun.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok