Kim Ji-woong didesak tinggalkan Zerobaseone

ANGGOTA kumpulan Zerobaseone, Kim Ji-woong didesak untuk keluar daripada kumpulan tersebut susulan tuduhan dirinya menghamburkan kata-kata kesat dan caci maki kepada peminat.

Ketika kumpulan Zerobaseone membuat persembahan pada Hanteo Music Awards baru-baru ini, terdapat segelintir peminat membuat demonstrasi agar keahlian idola berusia 25 tahun itu  digugurkan.

“Jijik, Ji-woong sila tinggalkan kumpulan Zerobaseone! kamu tidak layak,” jerit peminat ketika acara berkenaan sedang berlangsung.

Nama jejaka tinggi lampai itu sebelum ini menjadi bualan ramai selepas dia dikatakan secara spontan mengeluarkan kata-kata kesat kepada peminat ketika tampil sebagai tetamu dalam sebuah program bual bicara.

Menerusi rakaman yang tersebar, Ji-Woong didakwa melakukan perkara itu selepas dia tamat menjawab panggilan telefon seorang peminat.

Meluruskan keadaan yang kusut, pihak pengurusan Zerobaseone, Wakeone Entertainment tampil menafikan dakwaan tersebut sekali gus menegaskan video tular tersebut  tidak benar.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok