Kid Search kini suami guru bahasa Inggeris

SELEPAS dua tahun pemergian isteri tercinta pemain gitar Search, Kid atau Hamzah Mohd. Taib menamatkan zaman duda dengan memilih guru bahasa Inggeris sebagai suri hati.

Wanita bertuah itu bernama Hariani Kamaruddin, 53, manakala pernikahan mereka pula berlangsung di Masjid Cyberjaya 10, pada 17 Februari lalu

Walaupun difahamkan majlis tersebut hanya dihadiri keluarga terdekat, pasangan terbabit tetap diraikan dengan meriah.

Belum terlambat untuk Mizz Lahar menzahirkan ucapan tahniah buat mempelai walaupun dalam sebuah acara pada November tahun lalu bapa kepada dua anak itu mengelak ditanya soal jodoh.

Difahamkan, Kid, 57, juga menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 kepada cikgu di sebuah sekolah swasta di ibu negara itu.

Mizz Lahar: Ramai kecewa hajat nak tengok Datuk Jamal Abdillah di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 punah.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok