DIDAKWA hidup serba mewah dengan harta keluarga, anggota kumpulan SHINee, Key tampil membela diri dengan menjelaskan dirinya berasal daripada keluarga kurang berkemampuan.
Jejaka berusia 33 tahun itu berkata, kemewahan yang dinikmati adalah hasil kerja kerasnya sebagai anak seni dan bukannya daripada hasil harta orang tuanya.
“Saya bukan lahir dalam keluarga berada. Selama ini saya yang berusaha mencari duit sendiri.
Mujurlah saya memulakan kerjaya di bangku sekolah. Segala bil dan bayaran untuk persekolahan, universiti dan sara hidup adalah hasil daripada kerja seni.
“Perkara tersebut mematangkan saya. Bukan senang untuk mencari duit. Syukur, saya kini dapat bantu meringankan beban ibu bapa,” ujarnya menerusi satu rancangan temu bual. – HIBGLAM