Kerap berdua, ‘influencer’ pilihan hati Zizan Razak?

PELAWAK dan pelakon Zizan Razak kini didakwa intim dengan seorang pempengaruh media sosial (influencer) yang dikenali sebagai Nureen.

Difahamkan, Zizan, 40, dan wanita cantik manis yang kerap menjadi model pakaian muslimah itu saling mengenali kira-kira dua tahun lalu.

Meskipun tidak berkongsi foto di mana-mana platform, mereka kerap dilihat menghadiri pelbagai acara dan meluangkan masa bersama-sama.

Usaha HibGlam untuk mendapatkan pengesahan Zizan atau nama lengkapnya, Mohd. Razizan Abdul Razak mengenai kedudukan wanita itu di hatinya gagal apabila dia tidak menjawab panggilan telefon mahupun membalas mesej.

Berdasarkan pemerhatian, anak kelahiran Terengganu itu turut menjadi antara pengikut Nureen dalam Instagram.

Sebelum ini, Zizan akui sudah bersedia menamatkan zaman bujang tetapi belum bertemu wanita sesuai untuk dijadikan suri hidup.

Dalam masa sama, pelakon filem Polis Evo 3 itu sering dikaitkan dengan selebriti wanita lain tetapi hubungan tidak berpanjangan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok