Joo Won buat mata?

TIADA angin tiada ribut tiba-tiba nama pelakon Joo Won menjadi bualan hangat apabila ada peminat yang perasan  perubahan bentuk matanya.

Melihat perbezaan yang agak ketara, netizen mendakwa pemilik nama lengkap Joo Won-jae itu ada menjalani pembedahan kosmetik.

Difahamkan, peminat mula menyedari perubahan tersebut setelah membuat perbandingan gambar zaman kolej dan semasa remaja menunjukkan kelopak mata berganda kurang jelas, tidak seperti keadaannya terkini.

Bagaimanapun, ada juga segelintir peminat menyukai wajah baharu aktor berusia 38 tahun itu sehingga menyamakan dengan pelakon Kang Dong-won. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok