KESERASIAN yang terserlah antara pelakon Chae Jong-hyeop dan Fumi Nikaido menerusi naskhah berjudul Eye Love You menarik perhatian ramai.
Drama yang disiarkan pada 23 Januari lalu di Jepun menjadi bualan peminat apabila menonjolkan keakraban dan keserasian mereka memegang peranan hero dan heroin.
Rata-rata penonton kagum dengan dengan persembahan dua pelakon terbabit kerana pada awalnya khalayak tidak menjangka kedua-duanya boleh bekerjasama dengan baik.
“Keserasian mereka lebih baik daripada jangkaan saya. Jalan cerita Eye Love You membuatkan hati saya berdebar-debar,” kata penonton.
“Mereka sangat comel dan menggalas kerja cemerlang untuk menghidupkan watak,” ujar peminat.
Eye Love You sebuah drama bersiri romantik mengisahkan seorang pelajar Korea di Jepun jatuh cinta dengan gadis pembuat coklat tempatan yang mempunyai kebolehan membaca fikiran orang lain. – HIBGLAM