Johan As’ari masih sorok identiti kekasih

PELAKON Johan As’ari masih kekal dengan pendirian untuk tidak mendedahkan identiti kekasihnya yang dikenali dengan pangkalan huruf ‘N’.

Johan atau nama lengkapnya Johan Ariff As’ari ketika ditemui Kosmo! Online berkata, dia mengambil pendekatan untuk terus ‘mengunci mulut’ kerana mahu memberi kejutan apabila tiba masanya nanti.

“Insya-Allah, nanti sampai tarikh saya akan jemput pihak media untuk datang (majlis pernikahannya). Saya ucapkan terima kasih kepada peminat-peminat yang mendoakan.

“Biarlah jadi kejutan. Barulah best (seronok). Kalau saya jemput nanti, mesti kena datang,” katanya.

Johan yang ditemui ketika ditemui ketika majlis tayangan perdana drama bersiri Menanti Senja kelmarin bagaimanapun berjanji akan berkongsi tentang hari bahagianya itu dengan pihak media apabila sudah sampai waktunya nanti.

“Nanti tak jadi kejutan. Saya kena hormati orang lain juga. Nanti apabila sudah sampai waktu, saya akan kongsikan,” jelasnya.

Tambah pelakon berusia 36 tahun itu lagi, dalam era media sosial seperti sekarang, dia harus berhati-hati bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi.

“Dalam zaman media sosial, bagus kalau kita sentiasa berhati-hati. Tapi, bukanlah sebab penyakit Ain atau sebagainya,” katanya.

Tambahnya lagi, kekasihnya itu sememangnya faham dengan kerjayanya sebagai pelakon serta perhatian yang diterima daripada peminat.

“Dia okey dan faham karier saya sebagai pelakon. Dia memang ‘sporting’,” jelasnya.

Sebelum ini, Johan pernah mendedahkan bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada penghujung tahun lalu, dengan seorang wanita berstatus usahawan bergelar ‘N’, yang juga pemegang ijazah Doktor Falsafah (PhD) berkelulusan dari sebuah universiti di London.

“Dia seorang lepasan berkelulusan doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains politik semasa menyambung pelajaran di London.

“Apabila sudah balik ke Malaysia, dia fikir bagaimana untuk meluaskan impiannya menjadi usahawan, jadi dia tanam Harumanis,” katanya.

Johan ketika ditemu bual media pada tahun lalu juga memberitahu persiapan perkahwinannya sudah mencapai 90 peratus. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok