Jee Seok-jin teruskan Running Man

LIMA minggu berehat bagi rawatan kesihatan, bintang serba boleh, Jee Seok-jin kini kembali menyertai rancangan terkenal Running Man.

Lelaki berusia 58 tahun itu memberitahu keadaannya kini beransur pulih dan kembali bertenaga untuk menyelesaikan segala kerja seni yang tertangguh sepanjang tempoh rehat.

“Rawatan itu berlangsung sekitar dua hingga tiga minggu. Selebihnya adalah tempoh pemulihan.

“Syukur keadaan saya kini sudah okey dan boleh kembali aktif dalam industri seni untuk habiskan segala kerja yang tertangguh,” ujarnya menerusi episod terbaharu Running Man. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok