Itu bukan suami saya – Ham So-won

MELEDAK dalam media sosial perihal rumah tangga pelakon, Ham So-won apabila suaminya , Jin-hua didakwa menjalin hubungan sejenis dengan beberapa lelaki.

Lebih menguatkan dakwaan apabila tular foto dipercayai mirip Jin-hua sedang bercium dengan seorang lelaki tidak dikenali secara terbuka di tempat awam.

Tampil mempertahankan suaminya, So-won, meminta orang ramai tidak mudah terperdaya dengan foto yang tersebar sebaliknya, meneliti terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan.

Jika anda amati dengan teliti, memang lelaki itu seakan-akan Jin Hua. Saya lebih mengenali wajah suami saya, sila lihat dan pastikan sebelum buat tuduhan melulu.

“Saya ingin jelaskan lelaki yang bercium dalam gambar berkenaan bukan Jin Hua,” katanya tegas.

Wanita berusia 48 tahun itu juga turut membuat perbandingan dengan memuat naik gambar tersebut bagi membuktikan dakwaan dilemparkan adalah palsu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok