Hebat! Kwon Yuri heroin Dolphin

MENGAGUMKAN! Itu definisi tepat buat penyanyi kumpulan Girls’ Generation iaitu Kwon Yuri yang pertama kali menggalas watak utama dalam filem Dolphin.

Filem ini pertama kali mendapat perhatian Festival Filem Antarabangsa Jeonju tahun lepas dan sejak itu dijemput untuk mengambil bahagian dalam pelbagai festival, termasuk Festival Filem Bebas Seoul, Festival Filem Muju, dan Festival Filem Asia Vancouver di Kanada.

Dolphin juga adalah projek terbaru dari Akademi Seni Filem Korea (KAFA) yang terkenal kerana sentiasa menyampaikan perspektif baru melalui karya pengarah berbakat.

Disebabkan itu, selebriti berusia 35 tahun itu dijangka memberi impak yang signifikan dengan penampilannya dalam Dolphin.

Dalam masa sama, penglibatan Yuri dalam filem ini adalah perjalanan baru dalam lakonan yang mana sebelum ini mencipta kemasyuran sebagai penyanyi kumpulan Girls’ Generation.

Filem arahan Bae Doori yang bakal dilancarkan pada Mac ini menceritakan kisah seorang wanita berusia 30-an yang meninggalkan kampung halamannya untuk memulakan kehidupan baru. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok