Hariz ‘gentleman’, macam suami saya – Anzalna Nasir

PELAKON jelita Anzal Nasir mengesahkan adiknya, Afifah Nasir sudah bergelar tunangan kepada jejaka pilihan hati, Syed Hariz, malam tadi.

Azalna turut mengakui majlis pertunangan itu diadakan di kediaman keluarganya, di Hulu Kelang, Selangor.

“Majlis pertunangan mereka hanya membabitkan ahli keluarga terdekat dan berlangsung secara sederhana tetapi meriah dan cukup bermakna.

Sebagai kakak saya bersyukur akhirnya adik kesayangan saya menemui putera impian dan selangkah lagi ke gerbang perkahwinan.

“Cuma nak cerita lebih mengenai perkenalan atau bibit percintaan mereka pun tak boleh, lebih baik tanya tuan punya badan,” katanya ketika dihubungi HibGlam.

Menurut Anzalna lagi, mereka sekeluarga menyenangi keperibadian Hariz yang berbudi pekerti serta budiman seperti suaminya, Hanif Zaki.

Kami semua memang menyenangi keperibadian Hariz yang berbudi bahasa, menghormati orang sekeliling dan bijak menyesuaikan diri.

“Paling utama mereka pasangan serasi dan saling mencintai. Nampak Afifah bahagia sudah cukup menggembirakan kami,” ujarnya.

Menurut Anzalna lagi, tarikh pernikahan pasangan terbabit masih belum ditetapkan namun bakal dilangsungkan tahun ini.

Selain keluarga, antara rakan karib pelakon Bisik Kepada Gelora yang menghadiri majlis itu adalah Puteri Aishah dan suami, Muhammad Firdaus Sulaiman, Hafreez Adam serta Shaza Bae.

Semalam, pemilik nama lengkap Nur Afifah Nasir, 31, berkongsi gambar dilamar Hariz disayap sebuah pesawat ringan bersama sebentuk cincin berlian jenama mewah dan sejambak bunga.

Pada hantaran itu, Afifah menulis ayat lamaran diberi lelaki terbabit selain meletakkan tanda pagar yang menggabungkan nama mereka iaitu #AfifahSyedYE.

Sehingga kini usaha HibGlam menghubungi Afifah belum berhasir kerana difahamkan dia sedang menjalani penggambaran sebuah program televisyen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok