Foto Lisa, Rihanna bikin peminat histeria

TIADA  angin tiada ribut, anggota kumpulan Blackpink, Lisa mengejutkan peminat apabila memuat naik sekeping foto bersama bintang pop global, Rihanna.

Tanpa sebarang kapsyen pada foto tersebut, penampilan dua ikon dunia itu seterusnya tular dan sohor kini dalam semua platform media sosial.

Aura penyanyi asal Thailand itu menggayakan busana berwarna kuning cair dilengkapi tas tangan mini merah tidak kalah dengan Rihanna yang memancarkan pesona bergaya dalam pakaian serba hitam,

Peminat meninggalkan pelbagai respons yang rata-ratanya mahu dua bintang terkemuka dunia itu bergabung dan melakukan konsert bersama.

“Lisa dan Rihanna patut buat lagu bersama, mereka ada aura yang luar biasa,” komen netizen itu.

“Tolong bersatu dalam konsert, saya yakin tiket nanti habis dalam beberapa saat. Gambar mereka berdua buat peminat histeria.

“Rasa macam tak percaya,” demikian komen netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok