Fasha Sandha nafi sengaja curi ‘limelight’ Elisya Sandha

TAK terfikir pun curi ‘limelight’ Elisya.”

Demikian kata Fasha Sandha sekali gus menafikan kemunculannya di sebuah acara zumba baru-baru ini telah mencuri tumpuan ramai berbanding adiknya, Elisya Sandha selaku selebriti undangan utama.

Kata Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 40, kehadirannya adalah atas permintaan adik serta pengasas produk yang mereka promosikan bersama-sama tanpa sebarang niat lain.

“Tidaklah mencuri perhatian adik kerana saya juga salah seorang selebriti yang bertanggungjwab mempromosikan produk tersebut.

Pada asalnya saya tak dapat hadir kerana ada majlis lain tetapi bos minta datang untuk memeriahkan suasana. Pada masa sama, adik saya pun mahu saya hadir.

“Tiada istilah curi ‘limelight’ (tumpuan) Elisya. Cuma media suka angkat cerita saya, alhamdulillah,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.

Dalam masa sama, Fasha turut menjelaskan hubungannya dengan pihak media sangat akrab sehingga kisah mengenai dirinya lebih kerap diangkat di mana-mana majlis disertai.

Hubungan saya dengan media juga rapat. Kalau saya ke mana-mana mereka pasti ada dan kami menghormati satu sama lain.

“Saya sangat menghargai media. Mungkin pada hari tersebut, wartawan lebih suka angkat cerita saya,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, kehadiran mengejut Fasha ke aktiviti zumba yang dianjurkan sebuah produk didakwa telah menenggelamkan adiknya.

Ditambah pula, pelakon filem Nana Tanjung itu menunjukkan hubungan baik dan mesra bersama pelakon Nora Danish yang sebelum ini pernah bersengketa. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok