Dituduh gubah wang haram, Min-young jumpa psikiatri

PELAKON Park Min-young mendedahkan dirinya terpaksa mendapatkan rawatan pakar psikiatri selepas dituduh terlibat dalam pengubahan wang haram bersama bekas teman lelakinya, Kang Jong-hyun.

Aktres berusia 37 itu berkata, dia menerima layanan kasar daripada segelintir pihak sehingga emosinya terganggu.

Ramai yang kata saya berjiwa kental, tapi sebenarnya tidak. Saya juga manusia, pernah buat silap.

“Ada yang sangat kasar sehingga hati dan mental saya terluka. Saya juga terpaksa berjumpa pakar psikiatri,” kongsinya dalam satu rancangan temu bual

Menyesal dengan apa yang berlaku, Min-young berjanji tidak mengulangi kesilapan itu.

Satu-satunya perkara yang buat saya gembira dan kuat adalah kerjaya seni saya.

“Saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan serupa,” luahnya.

Pada Januari lalu, nama aktres itu menjadi perhatian selepas didakwa menerima wang RM885,000 daripada Jong-hyun yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Bagaimanapun, Min-young menafikan dakwaan itu, malah menegaskan hubungan dengan Jong-hyun sudah berakhir sebelum isu itu terbongkar. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok