Dikelilingi ‘bodyguard’, Cik B cuma perlukan kekasih

ANAK usahawan terkenal yang juga penyanyi, Cik B tidak pernah mengecewakan ramai dengan jenaka bersahajanya.

Terbaharu, gadis berusia 18 tahun itu mendedahkan dia hanya memerlukan seorang kekasih walaupun hidup serba lengkap dengan kesenangan hidup.

Ketika itu, dia berjalan di sebuah pusat beli-belah sambil menikmati kopi dengan diiringi beberapa lelaki berbadan tegap.

Memang ‘mega’ hidup pemilik nama sebenar Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin itu kerana boleh dikatakan mampu memiliki segala-galanya.

Jadi sesiapa yang rasa mahu mengisi kekosongan hati anak jutawan Datuk Seri Vida itu boleh saja mencuba nasib.

Ruangan komen video yang dikongsikan dalam TikTok itu turut dibanjiri banyak komen melucukan daripada pengikutnya.

Malah, ada ibu yang menawarkan anak bujang mereka sebagai calon suami kerana berpendapat sikap santai Cik B mampu menenangkan rumah tangga.

Wah, yang golongan ‘mak-mak’ pun sama naik. Tapi Mizz Lahar percaya mereka pun bergurau saja. Cuma siapa tahu memang ada jodoh Cik B bermula dengan gurauan seperti itu.

Mizz Lahar: Kahwin bertahun-tahun tapi belum dapat tambat hati mentua.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok