[VIDEO] Daddy rindu Leona, baliklah Ramadan ini – Azhar Sulaiman

PELAKON Azhar Sulaiman meluahkan rasa rindu terhadap anak perempuannya, Kasih Iris Leona yang sudah lama tidak pulang ke tanah air.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu mengubati perasaan rindu dengan berkongsi sebuah video menunjukkan puteri bongsunya itu sedang mengemas bilik tidur di kediamannya di United Kingdom (UK).

“Daddy rindu awak Leona. Balik untuk Ramadan ini okey,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Difahamkan Leona, 22, yang melanjutkan pelajaran di luar negara sejak tahun 2022  sudah lima bulan tidak pulang ke tanah air.

Kali terakhir pempengaruh media sosial itu balik bercuti di Kuala Lumpur adalah ketika sambutan Hari Malaysia pada September tahun lalu.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh hati melihat hubungan akrab anak-beranak popular berkenaan, namun terhibur dengan pemilihan lagu dibuat Azhar.

Situasi yang sepatutnya mengundang sebak menjadi momen melucukan apabila dia memilih lagu parodi berjudul Malaikat nyanyian asal Hazama.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat bintang filem Keluarga Iskandar The Movie, sekali gus meninggalkan pelbagai komen melucukan.

Baru nak sedih dah jadi lawak,” tulis seorang netizen.

“Mesti dia balik lepas ni. Rindu nak naik motor pergi bazar Ramadan,” kata pengikut lain.

Azhar rindu Leona tapi kenapa pakai lagu begitu,” ujar seorang pemilik akaun Instagram.

Pada Ramadan lalu, Leona sanggup pulang ke tanah air semata-mata teringin menjelajah bazar dengan menaiki motosikal.

Selain Leona, Azhar dan isterinya, Chempaka Emalin Pahamin turut mempunyai anak lelaki yang juga kembar Leona, Andika Rees Pahamin serta seorang lagi puteri, Kasih Leia Ixora.

Andika turut melanjutkan pelajaran di UK, namun berbeza tempat pengajian dengan adiknya. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok