Comelnya Fatima ‘catwalk’

KE MANA tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Sepertinya pepatah tersebut sesuai diberikan kepada anak pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura iaitu Nur Fatima Aisya.

Si cilik yang baru berusia tiga tahun itu mencuri perhatian ramai apabila tampil berjalan persis model ketika memperagakan baju kurung kanak-kanak pada acara yang dianjurkan Fazura baru-baru ini.

Gelagat comelnya itu membuat ramai terhibur sehingga ada yang berpendapat Fatima mewarisi darah seni ibu bapanya.

“Apabila dewasa nanti, mesti Fatima akan ikut jejak langkah ibunya. Fazura junior.

“Alahai pandainya catwalk, harap jadi anak yang baik dan berjaya apabila sudah besar nanti. Kalau nak jadi artis pun, perlu baik juga,” komen netizen.

Aksi si cilik Fatima memperagakan baju kurung dalam satu acara baru-baru ini. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok