Comelnya Bilal ikut Neelofa baca al-Fatihah

GELAGAT comel anak lelaki Neelofa iaitu Muhammad Bilal memang sentiasa dinanti-nanti ramai dalam media sosial.

Terbaharu, Neelofa menerusi sebuah video promosi produk makanan turut menampilkan Bilal sekali gus membuatkan ramai netizen teruja.

Paling mencuri perhatian ialah apabila si cilik itu turut sama-sama membaca surah al-Fatihah bersama ibunya.

Meskipun hanya menyebut bacaan di setiap hujung ayat, ramai yang memuji Neelofa kerana berjaya mendidik Bilal menghafal surah tersebut pada usia kecil.

“Walaupun tak hafal penuh dan hanya sebut bacaan hujung ayat, Bilal tetap ‘menang’. Comel betul.

“Masya-Allah bijak sungguh Bilal, tahu sambung setiap bacaan ibunya. Semoga Bilal membesar menjadi anak yang soleh,” puji netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok