SERING dipuji dan dianggap sempurna dalam seluruh aspek, pelakon dan penyanyi Cha Eun-woo mengakui tertekan dengan jangkaan khalayak.
Ujar jejaka tampan itu, dia bimbang jika suatu hari nanti bakal mengecewakan peminat kerana hakikatnya dia hanyalah manusia yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.
“Ramai memuji dan menghargai bakat saya. Jujur, saya sangat bersyukur untuk itu tetapi dalam masa sama takut mereka meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap saya.
Saya manusia biasa yang tidak mustahil melakukan kesilapan kemudian hari, saya takut ketika itu mereka akan kecewa dengan saya.
“Perkara ini membuatkan saya tertekan kerana setiap hari hidup dengan harapan menggunung peminat dan khalayak. Apa-apa pun saya akan tetap melakukan sehabis baik dalam semua bidang yang diceburi. – HIBGLAM