BERJIWA sensitif, pelakon Janna Nick mengakui tidak boleh menerima sekiranya suami tercinta, Dini Schatzman bercakap dalam nada tinggi.
Janna atau nama penuhnya Nurul Janna Muner, 29, berkata hatinya mudah terasa jika ada individu berbual dalam nada tinggi dengannya terutama suami.
“Dulu Dini tidaklah cakap dengan nada lembut sangat. Saya tidak boleh dengan seseorang yang cakap dalam nada keras atau tinggi suara.
Lama-kelamaan dia pun sudah terbiasa cakap begini (lembut) dengan saya. Kalau dia cakap kasar saya akan mudah terganggu dan rasa dia seorang panas baran,” katanya dalam sebuah video.
Bukan sahaja dirinya, bintang filem Pasal Kau itu juga memberitahu Dini juga turut merasai hal serupa sekiranya dia bercakap dalam nada suara tinggi.
Jelasnya, dia dan Dini tidak pernah terlintas untuk ‘berlakon’ beraksi mesra dan sopan di depan kamera.
“Sekarang, kalau tiba-tiba saya marah dan tertinggi suara, dia pun akan jadi sensitif dan terasa.
Jadi, kami lebih selesa berkomunikasi begini. Kami juga bukan sengaja nak mengada-ngada berbual seperti bayi (manja) tetapi inilah diri saya.
“Saya tiada memori pada zaman kecil, jadi sekarang ini saya mahu cipta balik,” jelasnya.
Dalam pada itu, dia juga menasihati pasangan lain agar melayan pasangan dengan cara yang sepatutnya.
Kalau tak selesa, jangan buat tetapi layanlah pasangan dengan baik.
“Kami sudah lama bersama, romantik sudah tiada tetapi ini usaha. Kalau sudah lama tak rasa dilayan seperti permaisuri, saya akan suarakan kepadanya,” kata Janna.
Selebriti serba baleh itu berkata demikian bagi menjawab beberapa komen segelintir wanita yang mahu pasangan mereka bersikap seperti Dini.
“Kenapa suami saya tak seperti Dini, maksudnya perangai dia. Stres,” komen netizen.
Sebelum ini, Dini pernah meraih pujian kerana sering memuat naik video memaparkan dia melayan dan menjaga Janna dengan baik sehingga membuatkan ramai cemburu. – HIBGLAM