Bukan lagi milik Rocketfuel, Ara Johari kini bergerak sendiri

“SAYA kini di bawah pengurusan sendiri iaitu AJ NINETYSEVEN.”

DEMIKIAN perkongsian terbaharu penyanyi Ara Johari yang memaklumkan dia kini tidak lagi bernaung di bawah pengurusan syarikat rakaman, Rocketfuel Entertainment (REF).

Tanpa menjelaskan lebih lanjut perkara itu, Ara atau nama asalnya Nurfarrah Izzatie Johari, 27, mengakui bersyukur menikmati pengalaman indah hampir sedekad bersama syarikat tersebut.

“Saya Ara Johari ingin mengumumkan bahawa saya kini tidak lagi berada di bawah pengurusan Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd.

Saya amat berterima kasih dan bersyukur di atas segala usaha dan kerja keras dari pihak syarikat sepanjang tujuh tahun bersama mereka.

“Saya juga mendoakan supaya RFE akan terus maju jaya di masa depan,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ara Johari (@arajohari)

Dalam hantaran sama, pelantun lagu Bunga itu turut memaklumkan telah bernaung di bawah syarikat sendiri iaitu AJ NINETYSEVEN.

Keputusan berani tersebut menjadi permulaan buatnya untuk terbang lebih tinggi dalam industri seni yang diceburi sejak 2016.

Dikesempatan ini, saya ingin memaklumkan saya kini di bawah pengurusan sendiri iaitu AJ NINETYSEVEN.

“Saya harap sokongan kalian terhadap saya masih kuat dan doakan karier saya terus bersinar,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, Ara mencetuskan tanda tanya aramai apabila bertindak memadam semua gambarnya dalam Instagram atas alasan enggan lagi mengenang perkara lalu.

Dalam satu temu bual bersama media tempatan, dia menyifatkan dirinya perlu tampil dengan sesuatu yang baharu dan segar. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok