Buat apa respons kalau tak betul? – Emma Maembong

HIDUP pelakon jelita Emma Maembong tidak pernah sunyi terpalit cerita sensasi sejak menceburi dunia seni 12 tahun lalu.

Satu demi satu kontroversi menjerat namanya  sehingga meninggalkan persepsi tidak molek, namun Emma tidak pernah mengeluh sebaliknya sudah kalis sehinggakan mengganggap dirinya dan fitnah umpama ‘sahabat baik’ yang berpisah tiada.

Pujian wajar dikalungkan kepada  pemilik nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail itu kerana setiap kali berdepan dakwaan liar, dia kekal tenang dan tidak cepat melatah.

Pelakon berusia 32 tahun itu bertegas tidak melenting cerita-cerita panas yang sengaja ditimbulkan pihak tertentu tentang dirinya.

Katanya, melayan gosip murahan hanya satu perbuatan membuang masa.

Terbaharu, nama Emma kembali memanas apabila timbul dakwaan, kononnya dia dan suami tercinta, Muhammad Shazli Azhar, terlibat dengan aktiviti tidak bermoral iaitu ‘swinger’ atau bertukar-tukar pasangan untuk tujuan seks.

SEJAK melangkah masuk dalam dunia seni 12 tahun lalu, Emma sudah lali dikaitkan dengan cerita-cerita sensasi.

Emma ketika ditemui HibGlam baru-baru ini hanya mampu ketawa, seakan-akan terhibur apabila namanya dipetik netizen sebagai artis berstatus ibu dan berkulit cerah yang dikaitkan terlibat dalam aktiviti tersebut.

Orang nak cakap saya macam-macam. Kalau tiada kena mengena, buat apa saya respons?

“Saya tidak akan layan pun. Saya tidak melatah sebab tuduhan itu memang tidak benar,” katanya tenang.

Sedar namanya dijadikan bahan percakapan, Emma memilih untuk tidak memanjangkan isu tersebut kerana enggan anak-anaknya terganggu dengan cerita kurang enak, terutama apabila mereka meningkat dewasa dan sudah pandai membuat carian dalam internet.

Kata Emma, dia sudah ‘kebal’ dengan pelbagai tuduhan dan fitnah sejak bergelar artis belasan tahun lalu.

Saya sudah ada anak. Jadi saya tidak mahu nanti anak membesar dan baca berita tidak elok tentang ibu mereka.

“Kalau perkara itu benar, saya sendiri akan cakap sama ada betul atau tidak.

Banyak lagi kontroversi yang datang ‘tembak’ saya sejak dahulu lagi. Sebelum berkahwin lagi saya akan cuba elak sebaik mungkin terpalit dengan macam-macam cerita.

“Saya manusia biasa dan bukannya robot yang tidak buat apa-apa. Sebenarnya saya dengan fitnah sudah seperti best friend (kawan baik),” ujarnya yang kini sibuk menjalani penggambaran filem seram, Jangan Pandang Belakang 2 arahan Pierre Andre.

Baca artikel penuh menerusi www.kosmo.com.my atau dapatkan akhbar Kosmo! di kedai-kedai berdekatan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok