Berbaloi! Anak buah Siti Nurhaliza ke Hollywood

MACAM baharu semalam tengok penyanyi Siti Sairah dituduh sebilangan netizen memaksa anaknya, Umai menyanyi sehingga menangis demi memenuhi impiannya sendiri.

Biarpun dikecam, adik kepada penghibur Datuk Seri Siti Nurhaliza itu enggan melatah, sebaliknya hanya menyatakan anak remajanya yang ingin mencabar diri ke Hollywood.

Perlu melalui pelbagai cabaran, akhirnya Umai atau nama sebenarnya Ummi Umairah, 13, diumumkan bagai wakil negara ke World Championship of Performing Arts (WCOPA), di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Pertandingan bertaraf antarabangsa itu bakal berlangsung di Hollywood dengan menghimpunkan ramai bakat muda daripada pelbagai lapangan seni. Setakat ini belum tahun bila Umai akan terbang ke AS.

Mizz Lahar: Teringat luahan ibu seorang artis yang mendakwa ada komposer tipu duit anaknya konon mahu buatkan lagu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok