Bagi saya, ‘unfollow’ Instagram itu normal – Rosix Omar

PEMPENGARUH dan juga usahawan, Rosix Omar mendedahkan meskipun bersahabat baik dengan Noor Nabila, dia langsung tidak tahu-menahu tentang isu yang melanda bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad dan wanita dikatakan kekasihnya, Amelia Christie.

Rosix mengambil pendekatan untuk tidak masuk campur dan  enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut kerana bukan urusannya.

Saya pun baru dengar perkara itu. Saya tidak tahu . Bagi saya itu normal (unfollow Instagram). Kadang-kala kita pun buat perkara yang sama.

“Saya tidak tahu sangat tentang hubungan mereka. Lebih baik saya tidak beri komen bimbang tersalah cakap,” katanya.

Tambah Rosix, setiap video dan foto yang dikongsinya dalam Instagram dan TikTok mendapat kebenaran daripada Sharnaaz mahupun Nabila sendiri.

Bukan semua perkara sesuai untuk dijadikan tatapan umum, sebaliknya Rosix masih tahu batas yang perlu dijaga.

Kami berkawan baik, apa yang boleh saya dedahkan saya kongsilah seperti mana yang boleh dilihat dalam Instagram dan TikTok. Rasanya apa yang saya kongsi itu dibenarkan,” ulas Rosix.

Dalam pada itu, Rosix yang juga penganjur kepada Loop Music Festival memberitahu, acara tersebut bakal menggabungkan ramai penyanyi popular.

“Ideanya saya mahu gabungkan penyanyi sepanjang zaman daripada pelbagai genre muzik di atas satu pentas.

Selain itu, acara ini juga bakal memberi ruang kepada penyanyi baru untuk sama-sama menghiburkan peminat,” kongsi Rosix lagi.

Festival berkenaan yang mendapat tajaan Air Asia menampilkan penyanyi seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, XPDC, Noraniza Idris, Sufiaj Suhaimi, Nadeera Zaini, Aisha Retno, Insomniacks, Ronie Hussein, Usop dan Disko Santan.

Loop Music Festival bakal berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil pada 11 Mei depan dan tiket telah mula dijual di Ticket2u.com.my.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok