Ayumi teruja bakal bergelar ibu

BAKAL melahirkan anak sulung menjelang Jun nanti, pelakon juga penyanyi Ayumi mengakui, teruja dan tidak sabar menantikan kehadiran cahaya mata dalam kehidupannya.

Selebriti jelita itu bahkan mengakui masih dalam fasa tidak percaya bahawa dirinya akan bergelar ibu tidak lama lagi.

“Saya teruja untuk menimang cahaya mata tidak lama lagi tetapi dalam masa sama takut juga, risau tidak dapat memberikan yang terbaik untuk anak.

“Macam tak percaya saya bakal menjadi ibu. Saya berjanji akan menjaga dan menyediakan segala kelengkapan terbaik untuk anak sulung saya, dia adalah bukti penyatuan kasih sayang saya sebagai isteri,” kongsinya menerusi Instagram.

Ayumi telah berkahwin dengan ahli perniagaan, Kwon Ki-bum pada Oktober 2022.

Pasangan itu pernah muncul menerusi rancangan Same Bed, Different Dreams 2: You Are My Destiny berkongsi momen indah saat bergelar pengantin baru. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok