[VIDEO] Aslam tak boleh berpoligami, kurang berkemampuan – Abby Abadi

DIA tak boleh poligami, kurang berkemampuan.”

Itu antara yang diluahkan pelakon dan usawahan Abby Abadi mengenai dakwaan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim yang dikatakan sudah bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Abby menerusi video yang dimuat naik oleh usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri mengakui terkejut dengan perubahan  diri Marissa yang dijaganya sejak kecil.

“Aslam bukan orang yang boleh berpoligami, saya tidak nampak perkara itu sebab dia kurang bekemampuan.

Keluarga yang lain tidak tahu menahu pun dia (Marissa) berhubung dengan lelaki sekarang ini.

“Demi Allah, Marissa sejak kecil memang dengan saya. Dia tidak seperti sekarang dan rasa ada sesuatu yang membuatkan anak saya berpusing 360 darjah, bukan dia,” katanya dalam video tersebut.

Respons tersebut diberikan Abby apabila diajukan pertanyaan sama ada dia akan menerima Aslam untuk berbaik atau tidak.

Dalam video sama, dia yang popular menerusi drama Gerak Khas juga mengakui tidak menyangka Marissa sanggup melakukan perkara di luar jangkaannya sekeluarga.

Abby bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci perkara yang dilakukan Marissa itu adalah mengenai pernikahan di Thailand atau sebaliknya.

Benda itu di luar jangkaan saya dan bapanya sebab kami sudah sehabis baik menjaganya.

“Cuma saya tidak tahu mengapa sampai ke tahap itu dia boleh buat,” katanya lagi.

Bagaimanapun, temu bual berdurasi 46 saat itu ‘tergantung’ sebelum disambung dengan video promosi yang memaparkan Abby menjadi model tudung jenama milik Aliff iaitu AS Hijab.

Terdahulu, nama Marissa yang juga merupakan seorang model dan pempengaruh kembali hangat selepas didakwa telah berkahwin secara senyap di Thailand dengan Aslam yang merupakan lelaki berstatus suami orang.

Perkara itu seterusnya disahkan kakak ipar kepada Aslam dikenali sebagai Nadiah yang mengatakan lelaki itu sudah berkahwin dengan Marissa pada 27 Disember lalu di Songkhla, Thailand.

Pasangan berkenaan dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam, Misya Mazlan yang ketika itu menunaikan umrah.

Lebih dramatik, pernikahan tersebut juga berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa.

Bagaimanapun, sehingga hari ini Abby dan Norman masih kekal mengunci mulut tanpa mengesahkan atau menafikan pernikahan tersebut. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok