Alif tak mahu Geng Subuh Macam Jumaat dipolitikkan

SELEBRITI serba boleh Alif Satar berharap kejayaan kempen Geng Subuh Macam Jumaat yang dimulakannya tidak dipolitikkan mana-mana pihak.

Kata Alif, 34, usaha yang dilakukan bagi menyemarakkan lagi tuntutan menunaikan solat bukan bertujuan meraih pujian.

Benda ajak pergi sembahyang. Bukan sesuatu yang tiada orang boleh ‘claim’ (tuntut).

“Perkara ini adalah tuntutan agama yang mana wajib pergi solat.

“Terpulang kepada awak, Allah lebih mengetahui. Janji mai (datang) solat di masjid,” katanya kepada HibGlam semasa pelancaran duta Hadramawt Kitchen hari ini.

Dalam masa sama, pemilik nama lengkap Muhammad Alif Mohd. Satar itu menjelaskan, masjid adalah tempat komuniti berkumpul tidak kira agama selain enggan peduli dengan fahaman politik setiap individu.

“Orang setuju solat Subuh di masjid. Asalkan, kita mahu kekalkan kesucian.

Komuniti masjid adalah tempat untuk orang datang. Bukan orang Islam pun datang.

“Agama kita (Islam) agama cinta. Tiada racism (fahaman perkauman). Tidak kisah politik apa tetapi semua orang datang Subuh,” jelasnya.

Sejak mencetuskan misi Geng Subuh Macam Jumaat, banyak pihak mula menyahut kempen tersebut dan berkongsi foto hadir ke masjid menunaikan solat subuh.

Bukan peminat sahaja, golongan selebriti juga menyokong inisiatif Alif termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Beto Kusyairy.

Lebih menarik, kempen tersebut turut meluas sehingga ke negara luar termasuk Singapura, Brunei dan Dubai. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok