A Killer Paradox, penuntut keadilan atau pembunuh bersiri?

TIADA siapa pernah terfikir untuk menjadi pembunuh sebagai kerjaya hidup tetapi itu yang berlaku kepada pelajar universiti bernama Lee Tang lakonan Woo-shik selepas terlibat dalam beberapa siri pembunuhan tanpa sengaja.

Pada awalnya hanya mahu menyelamatkan diri daripada namanya disabitkan kesalahan membunuh tetapi lama-kelamaan naluri ‘kejam’ semakin membuak-buak dalam dirinya.

Pelbagai insiden membuatkan dia tidak serik, namun semakin aktif membunuh yang baginya untuk menuntut keadilan golongan teraniaya.

Bagi pegawai polis yang menyiasat, perbuatan Lee Tang disifatkan sebagai pembunuhan bersiri, namun sukar untuk dijejaki kerana taktik liciknya.

Drama lapan episod tersebut meraih jumlah tontonan yang tinggi sehingga menjadi naskhah paling popular ketika ini dalam laman penstriman Netflix.

Naskhah A Killer Paradox bagaimanapun diklasifikasikan buat tontonan 18 tahun ke atas kerana mempunyai babak lucah dan ganas. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok