BIARPUN sudah tidak lagi menjawat status isteri kepada pemain dram Blackrose, Sha’arin, selebriti jelita Yasmin Hani masih bersahabat baik dengan lelaki itu.
Walaupun sudah bercerai, demi melihat anak-anak membesar dengan kasih sayang ibu bapa seperti keluarga normal lain masing-masing meletakkan ego ke tepi.
Malah, dia juga seakan tidak percaya komunikasi dengan pemuzik bebas itu semakin baik selepas bercerai bahkan mereka berhubung hampir setiap hari bagi urusan persekolahan dua anak lelaki yang kini bawah jagaannya.
Sekarang boleh dikatakan saya lagi banyak berborak dengan Sha’arin berbanding Alif. Kami memilih untuk lebih bertamadun dengan mengelak mencaci-maki sesama sendiri selepas tidak lagi bergelar suami isteri,” katanya.
Sementara itu, bekas hos program Muzik@Ria itu juga mengakui bakal menyertai anak-anak meraikan hari jadi Sha’arin atau Sha’arin Mohamed Razali, 60, di Bali, Indonesia pada Mac depan.
“Dia ada perancangan membawa anak-anak kami menunaikan umrah dan saya yang belum pernah ke Tanah Suci turut memasang niat menyertai mereka.
“Sebelum ini Sha’arin pernah ke Mekah, tapi saya baharu pertama kali dan kalau diberikan rezeki dapat beribadah dengan anak-anak.
“Alhamdulillah, semua ini kerana anak-anak. Lagipun masing-masing sudah ada kehidupan sendiri. Untuk apa bermusuh, tiada kebaikan pun,” ujarnya yang berpisah dengan pemuzik terbabit pada Disember 2021.
Untuk berita penuh, dapatkan akhbar Kosmo! Online di kedai-kedai berdekatan atau klik link.