[VIDEO] Kain terbelah nampak paha, Bella Astillah mohon maaf

PELAKON Bella Astillah memohon maaf sekiranya busana mencolok mata yang digayakannya dalam sebuah video TikTok dikatakan tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang isteri dan ibu.

Menurut Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, dres labuh yang terbelah sehingga menampakkan pangkal paha itu diberikan oleh pihak pereka fesyen.

“Saya hanya manusia biasa dan minta maaf kalau ada yang kurang senang dengan baju tersebut.

“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian dan baju itu hanya untuk reviu sahaja,” katanya kepada HibGlam pada majlis pelancaran Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz itu terbuka menerima setiapa kritikan yang diberikan orang ramai mengenai penampilannya itu.

Malah, dia memberitahu suaminya itu juga memberi pandangan mengenai setiap busana yang dipakainya selama ini.

“Sebenarnya ketika saya pakai baju itu, bukan untuk berlari-lari tetapi selepas melihat hasil akhir,saya rasakan mungkin kurang sesuai.

“Aliff selalu beri nasihat dan semangat mengenai penampilan. Jadi, itu adalah kesilapan diri sendiri dan tak boleh salahkan sesiapa,” ujarnya.

Terdahulu, tular video memaparkan dia memakai dres berwarna hijau sambil menuruni anak tangga sehingga menampakkan sehingga pangkal paha kerana belahan yang agak tinggi.

Rentetan daripada itu, pakaian yang dipakai menerima kecaman kerana dikatakan mencolok mata dan tidak sesuai dengan status sebagai seorang ibu. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok