DITEBAK sudah menjadi tunangan orang, pelakon Afifah Nasir memaklumkan hanya akan berkongsi mengenai sebarang perkembangan terkini apabila tiba masa yang tepat.
Kata pemilik nama penuh Nur Afifah Md. Nasir, 30, dia belum mengikat pertunangan, sebaliknya majlis yang diperkatakan ramai itu adalah kenduri akikah anak saudaranya.
Bukan, tak tunang. (Kami) pakai sedondon sebab akikah (anak) kakak saya, semua pun pakai sedondon macam hari raya.
“Nanti apabila sampai masa saya akan maklumkan,” katanya menerusi balasan mesej kepada HibGlam.
Adik kepada aktres Anzalna Nasir itu berkata, sejak semalam ramai menghubunginya gara-gara foto menggayakan persalinan rona senada ungu muda dengan seorang lelaki.
“Minta maaf, hari ini dan semalam memang tak berhenti-henti panggilan. Penat nak menjawab,” ujarnya disertakan emoji ketawa.
Begitupun, Afifah yang selesa disapa Fifa enggan memperincikan identiti jejaka tinggi lampai berbaju Melayu warna serupa, sekali gus membiarkan status lelaki terbabit masih misteri.
Rata-rata pengikut laman Instagramnya teruja selain memuji menganggap mereka pasangan serasi dan sepadan.
Bila nak kahwin tu? Jangan tangguh, ini pasangan paling ideal,” kata seorang kenalan. – HIBGLAM