Tiru gaya K-pop tak menjadi, lantaklah – Sean Lee

LEBIH sedekad mencipta nama sebagai pelakon dan pengacara, Sean Lee kini meneroka cabang seni baharu bagi membuktikan kebolehannya sebagai selebriti serba boleh.

Jejaka berketurunan Tionghua yang melangkah ke arena nyanyian itu kini sudah melancarkan single pertama berjudul Tak Sanggup Terima hasil ciptaan Mas Dewangga dan Jova Devito.

Mengharapkan reaksi positif, malangnya fokus khalayak cenderung ke arah negatif, masing-masing mengkritik gaya tariannya dalam video promosi single berkenaan.

Segalanya bermula apabila pemilik nama lengkap Sean Lee Jia Ern memuat naik video menari-nari sebagai sebahagian mempromosikan lagu terbaharunya di platfrom digital.

Ada yang menyifatkan Sean beria-ia meniru gaya penyanyi Korea Selatan Jungkook tetapi tidak berjaya menarik perhatian peminat.

TIDAK berkecil hati, Sean menjadikan segala kritikan sebagai pembakar semangatnya untuknya memperbaiki diri. 

Enggan patah semangat, anak jati Selangor itu terbuka menerima segala kritikan.

Tiru bulat-bulat memang salah, tetapi ‘tiruvasi’ iaitu meniru dengan asimilasi gaya tersendiri, mungkin itu satu inisiatif yang bijak.

“Saya tidak tahu benda sudah tular kerana tidak buka sangat media sosial ketika bekerja.

Bagi saya media sosial boleh jadi tidak sihat untuk kesihatan mental saya dan kepada semua juga.

“Namun, tidak mengapalah. Ada yang komen lebih baik daripada tiada walaupun baik atau buruk,” katanya.

Dalam masa sama, pelakon drama Keluarga Pontimu itu akan mengambil segala kritikan sebagai pembakar semangat untuk lebih ke hadapan dalam bidang yang diminati.

“Komen-komen itu satu maklum balas untuk saya perbaiki diri dan mengeluarkan produk yang lebih bagus.

Ini adalah proses pembelajaran. Saya okey kerana saya tahu apa yang jadi di belakang tadbir.

“Lantaklah orang cakap apa kerana saya sendiri apa saya buat dan sajikan kepada semua,” ujarnya yang sudah lama meminati bidang nyanyian.

Baca artikel penuh menerusi akhbar Kosmo! atau layari Kosmo! Online. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok