TATKALA netizen rancak berdebat isu ‘khianat’ antara dua pensohor media sosial, Kasih Iris Leona dan Cupcake Aisyah, nama aktres Anna Jobling turut hangat diperkatakan apabila dilihat cuba ‘menempel’.
Anna atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 24, mula mengundang perhatian ramai apabila mengeluarkan kenyataan bersyukur kerana memiliki sahabat yang berlainan cita rasa dan tidak menyukai lelaki yang sama.
“Alhamdulillah, kawan baik tidak mempunyai cita rasa yang sama terhadap lelaki.
“Jadi, saya tidak perlu berasa risau mengenainya,” katanya dalam aplikasi X.
Perkongsian bintang drama Melur Untuk Firdaus itu seterusnya mengundang rasa kurang senang netizen malah kisah silamnya yang didakwa mengkhianati rakan sendiri ketika menyertai pertandingan Dewi Remaja 2018/2019 mula diungkit semula.
“Kenapa hendak menyibuk muncul pula dalam isu orang lain. Dulu bukankan pernah ‘kantoikan’ dan khianat kawan dalam Dewi Remaja juga?
“Anna diam sajalah sekarang, nanti kisah silam sendiri pula yang terlondeh,” selar segelintir pengguna aplikasi X.
Menerusi beberapa perkongsian netizen, Anna didakatakan membongkar rahsia bekas juara Dewi Remaja musim yang disertainya iaitu Haneesya Hanee ke kelab malam.
Berikutan pendedahan itu, gelaran juaran tersebut ditarik balik.
Meskipun begitu, masih terdapatnetizen menyebelahi Anna dan berharap dia tidak terlibat dalam mana-mana isu berebut lelaki.
Sejak semalam, media sosial dibanjiri dengan luahan kecewa Leona atau nama penuhnya Kasih Iris Leona Azhar, 22, melihat teman baiknya menjalin hubungan istimewa dengan bekas lelakinya yang dikenali sebagai Ryan.
Meskipun pempengaruh berumur 22 tahun itu tidak menyebut mana-mana individu, rata-rata netizen memetik nama Cupcake Aisyah memandangkan mereka pernah akrab sebelum ini.
Senario itu seterusnya mendapat respons ibu Aisyah iaitu Sue Razip yang menyelar pihak menuduh anaknya tanpa mengetahui cerita sebenar. – HIBGLAM