MESKI terus diprovokasi pelakon Fatiya Latiff, aktres jelita Zahirah Macwilson memilih untuk tidak melayan satu persatu serangan yang ditujukan terhadapnya.
Tindakan bijak Zahirah, 29, itu sekali gus meraih pujian netizen yang menyifatkan dirinya sebagai wanita ‘mahal’ apabila sentiasa bersikap tenang dan tidak mudah melenting dengan apa yang berlaku.
Jadilah seperti Zahirah Macwilson yang tidak peduli apa orang cakap dan gembira dengan kehidupan sendiri,” kata netizen.
“Yang masih anggun dan classy (ada kelas) ialah Zahirah Macwilson. Hantaran IGStory terkini pun berkenaan suami sahaja,” ujar pengikut.
‘What a queen’ (bagaikan seorang permaisuri). Tidak hiraukan langsung kata-kata Fatiya,” tutur peminat lain.
Keadaan semakin panas hari ini apabila Fatiya atau nama lengkapnya Nur Fatiya Abdul Latiff, 36, memuat naik foto bersama bekas kekasihnya, Aiman Hakim Ridza, yang kini sudah bergelar suami Zahirah.
Bukan hanya itu, dia turut memaparkan keratan akhbar temu bual Aiman yang memaklumkan masih menyayangi Fatiya selepas setahun mereka berpisah.
Sejak 8 Januari lalu, pelakon drama Ariana Rose itu mengejutkan ramai apabila melabel wajah Zahirah seperti pembantu rumah dan menuduh aktres itu melakukan pembedahan plastik pada bibir.
Fatiya sebelum ini pernah bercinta dengan Aiman namun hubungan mereka berakhir pada Disember 2015.
Aiman kemudian menamatkan zaman bujang dengan Zahirah pada 20 Februari 2020 dan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. – HIBGLAM