203
ANGGOTA kumpulan Girls Generation, Taeyeon mendedahkan perangai peliknya yang obses makan jeli buat masa ini.
Pendedahan tersebut dibuat dalam sebuah rancangan temu bual menerusi YouTube. Dia juga memberi gambaran tentang keterujaannya terhadap apa sahaja jenis jeli yang ditemui setiap kali keluar membeli-belah.
Saya menyembunyikan jeli di dalam kereta dan rumah bahkan setiap kali saya ternampak jeli semasa berjalan, saya akan ambil satu dan kunyah.
“Saya suka tonton YouTube dan Netflix, Saya tidak makan banyak tetapi tetap akan mengambil jeli, makanan ringan dan kopi,” dedahnya. – HIBGLAM